Selamat Datang Ke Jagohfarm

SELAMAT DATANG KE JAGOHFARM

Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih samada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.

Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kpd kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dgn baka susurgalurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisek bak orang tua-tua berkata "tuah ayam nampak di kaki" dan berbagai lagi.

Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain. Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang. Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. Tetapi R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah.

Jagoh Farm sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasalah melihat ke laman Jualan/Sales kami. Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada drp baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertayaan boleh hubungi kami di talian ini : 013-7116301


Terima Kasih.

JAGOHFARM - Ubat & Peralatan

Untuk mencari ubat-ubatan & peralatan sila layari blog kami - Jagohfarm Ubat & Peralatan yang mengkhususkan untuk jualan ubat-ubatan dan peralatan ayam. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi untuk membuka jagohfarm 2010 untuk mencari produk ubat-ubatan sebaliknya hanya dengan membuka blog Jagohfarm Ubat & Peralatan. Semua produk ubat-ubatan dan peralatan untuk keperluan anda terdapat dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan anda.
Klik di sini http://jagohfarm-ubatperalatan.blogspot.com/

Payao Killers

Payao Killers
PAYAO KILLERS - Penghulu Reban. 6x Champions ini adalah ayam batang kaki balut dengan rekod 3x bunuh gu di dalam Bon. Jangan tanya gaya permainannya bagaimana kerana senjata utamanya adalah pukulan kakinya yang membuatkan musuhnya lumpuh dan tersungkur hanya dalam 1air sahaja.Ia adalah Pembaka Utama di reban kami. Untuk perkembangan terkini jagohfarm sila layari JGOHFARM 2013 dengan KLIK!!! pada gambar Penghulu Reban kami diatas.

Galeri Jualan Ayam

Galeri Jualan Ayam
TERBARU!!! The Bomb 2 - Untuk jualan ayam Jagohfarm, sila klik! gambar ayam diatas..

JF Eksotik

JF Eksotik
Galeri ternakan ayam eksotik kami. Sila KLIK!!! pada gambar ayam diatas,

Monday, October 29, 2012

Cemani Untuk Di Jual

Ayam Cemani serba hitam ini adalah produk dari Pembaka Cemani kami dan buat julung-julung kalinya kami membukanya untuk jualan. Sesuai untuk anda yang ingin memulakan projek ayam cemani. Ayam cemani atau ayam serba hitam tiada langsung warna lain dari warna hitam ditubuhnya termasuk daging, kuku, lidah, muncung, kulit muka dan sebagainya. Mempunyai nilai harga yang amat tinggi terutama yang mempunyai darah hitam. Darah hitam ini bergantung kepada nasib anda, sekiranya ada rezki anda dalam banyak-banyak ayam cemani yang kita bela itu terdapat seekor yang berdarah hitam. Ada juga yang memberi makan pulut hitam dan minum air dakwat sotong untuk menjadikan ayam cemani ini berdarah hitam. Walau apapun matlamat anda jika ingin bermula, anda perlulah bermula dengan ayam cemani tulen. Kami menawarkan sepasang cemani ini untuk anda memulakan projek cemani anda dimana nilai pasaran ayam ini amat tinggi dan sukar didapati. Kami juga menerima tempahan jika anda ingin mendapatkan lebih lagi ayam cemani dimana kami akan import terus dari Tanah Jawa Indonesia. Kepada yang berminat dengan Ayam Cemani kami ini, seperti biasa SMS kepada saya di talian :   0137116301

Updated 4/11/2012 - Ayam Cemani ini telah dijual
Tq to En Syafiq KL
Jagoh Cemani
Sepasang Cemani berumur 7bulan
Sepasang Cemani
Semua Hitam
Bawah gembel Hitam tiada merah langsung
Daging bawah kepak hitam
Kaki dan kuku hitam
Betina Cemani
Muka Cemani Betina
Jagoh Cemani 
SOLD!!!
Nota : Kami juga menjual berasingan tetapi Cemani Jantan harganya adalah lebih mahal kerana kesukaran untuk memiliki sifat-sifat serba hitam ini. Cemani Betina biasanya agak mudah diperolehi berbanding jantan yang biasanya bulu jantan akan keluar bulu merah. Tetapi Cemani jantan kami ini dijamin All Blacks.